Gurindam Jiwa


Gurindam Jiwa


Jumat, 08 November 2013

~ KOLEKSI PEPATAH MELAYU~

~PEPATAH MELAYU~


1.   Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]
2.   Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]
3.   Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]
4.   Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]
5.   Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]
6.   Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]
7.   Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang
membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]
8.   Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
9.   Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
10.   Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]
11.   Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]
12.   Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala susah]
13.      Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]
14.      Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]
15.      Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]
16.      Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]
17.      Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]
18.      Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai]
19.      Alang-alang mandi biar basah/ Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]
20.   Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]
21.   Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]
22.   Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]
23.   Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]
24.   Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu akan menghadapi kesukaran]
25.   Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]
26.   Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]
27.   Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]
28.   Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]
29.   Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]
30.   Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan lalang [Nasib yang malang]
31.   Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]
32.   Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]
33.   Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]
34.   Bagaimana bunyi gendang, begitulaqh tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu dilakukan]
35.   Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]
36.   Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]
37.   Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]
38.   Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]
39.   Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]
40.   Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]
41.   Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]
42.   Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]
43.   Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak memulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]
44.   Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaiamana diajar sekalipun tidak akan pandai]
45.   Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]
46.   Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]
47.   Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]
48.   Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]
49.   Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
50.   Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]
51.   Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]
52.   Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]
53.   Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]
54.   Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]
55.   Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]
56.   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]
57.   Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]
58.   Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]
59.   Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]
60.   Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]
61.   Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]
62.   Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]
63.   Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]
64.   Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]
65.   Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]
66.   Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]
67.   Besar pasak daripada tiang, besar sandal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]
68.   Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]
69.   Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]
70.   Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]
71.   Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]
72.   Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]
73.   Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]
74.   Bunga disunting, perlu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]
75.   Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]
76.   Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan mashyur dan menjadi sebutan di mana-mana]
77.   Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]
78.   Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]
79.   Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]
80.   Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]
81.   Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]
82.   Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada]
83.   Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]
84.   Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara belum ada yang lebih baik]
85.   Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]
86.   Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
87.   Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yan baik dan lumayan]
88.   Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]
89.   Condong yangv akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]
90.   Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan hasil kelak]
91.   Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]
92.   Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]
93.   Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya]
94.   Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidk senonoh]
95.   Datang seperti rebut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]
96.   Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak penting]
97.   Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]
98.   Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]
99.   Dengar cakap enggang, makan buah brluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]
100.   Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]
101.   Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaj]
102.   Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]
103.   Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]
104.   Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]
105.   Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]
106.   Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]
107.   Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]
108.   Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu]
109.   Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]
110.   Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung kepada yang kaya]
111.   Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]
112.   Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]
113.   Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]
114.   Dua kali dua empat [Dua orang yang sama sifat atau perangai]
115.   Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]
116.   Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]
117.   Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]
118.   Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]
119.   Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]
120.   Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]
121.   Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing[Orangyang mementingkan diri sendiri]
122.   Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi/ Seorang isteri yang menduakan suami]
123.   Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]
124.   Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, atau jodoh yang sama taraf kedudukannya]
125.   Gagak bersuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya]
126.   Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]
127.   Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]
128.   Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan harta]
129.   Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bergaduh, rakyat yang menderita]
130.   Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberi nafkah atau menceraikannya]
131.   Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]
132.   Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]
133.   Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]
134.   Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]
135.   Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]
136.   Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]
137.   Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]
138.   Gigi tanggal, rawan murah [Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]
139.   Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]
140.   Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah]
141.   Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]
142.   Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]
143.   Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]
144.   Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang lain]
145.   Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]
146.   Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]
147.   Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan]
148.   Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini]
149.   Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat sedikit]
150.   Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya, mendapat malu]
151.   Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]
152.   Hendak seribu daya, hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]
153.   Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]
154.   Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada/ Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]
155.   Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]
156.   Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]
157.   Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]
 158.   Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau baaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]
159.   Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]
160.   Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]
161.   Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]
162.   Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]
163.   Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan]
164.   Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]
165.   Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]
166.   Intan itu jika terbenam di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]
167.   Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]
168.   Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya]
169.   Jauh panggang dari api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku]
170.   Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati]
171.   Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]
172.   Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]
173.   Jiwa bergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]
174.   Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]
175.   Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]
176.   Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]
177.   Kais pagi makan pagi, kais petang [Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]
178.   Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]
179.   Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja]
180.   Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]
181.   Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]
182.   Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat]
183.   Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]
184.   Karam berdua basah seorang [Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]
185.   Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi]

186.   Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]
187.   Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]
188.   Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya]
189.   Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain]
190.   Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya]
191.   Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]
192.   Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]
193.   Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati]
194.   Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar]
195.   Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]
196.   Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan]
197.   Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]
198.   Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]
199.   Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]
190.   Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]
191.   Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]
192.   Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya]
193.   Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]
194.   Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak]
195.   Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]
196.   Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dpersalahkan]
197.   Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]
198.   Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]
199.   Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]
200.   Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan/ Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]
201.   Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]
202.   Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]
203.   Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama]
204.   Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]
205.   Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian brpura-pura tidak tahu]
206.   Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]
207.   Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya]
208.   Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]
209.   Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]
210.   Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tercapai kehendak lain akan tercapai juga]
211.   Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]
212.   Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]
213.   Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]
214.   Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]
215.   Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]
216.   Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]
217.   Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]
218.   Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]
219.   Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]
220.   Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikuti adat resam masyrakat di situ]
221.   Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]
222.   Melentur aur/ buluh biarlah dari rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]
223.   Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga yang malu]
224.   Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]
225.   Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]
226.   Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]
227.   Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]
228.   Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]
229.   Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]
230.   Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]
231.   Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]
232.   Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil kesempatan daripada orang yang susah]
233.   Menantikan kucing bertanduk [Mangharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]
234.   Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya]
235.   Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]
236.   Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]
237.   Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]
238.   Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri sendiri tidak disedari]
239.   Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]
240.   Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]
241.   Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]
242.   Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]
243.   Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orag kebanyakan]
244.   Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]
245.   Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]
246.   Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang]
247.   Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]
248.   Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]
249.   Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]
250.   Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]
251.   Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]
252.   Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang menerima akibatnya]
253.   Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil]
254.   Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]
255.   Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]
256.   Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]
257.   Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]
258.   Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]
259.   Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]
260.   Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]
261.   Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya/ Suami isteri yang telah bercerai berbalik semula]
262.   Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]
263.   Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]
264.   Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]
265.   Pucuk dicita, ulam mendatang [Mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan]
266.   Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]
267.   Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya]
268.   Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]
269.   Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]
270.   Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]
271.   Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]
272.   Rebung tidak jauh dari rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]
273.   Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]
274.   Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]
275.   Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]
276.   Ringan tulang berat perut [Rajin bekerja mudah belanja]
277.   Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]
278.   Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]
279.   Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]
280.   Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]
281.   Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]
282.   Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah negara, rakyat negara itu akan melarikan diri]
283.   Runcing taduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]
284.   Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]
285.   Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]
286.   Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]
287.   Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]
288.   Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]
289.   Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]
290.   Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]
291.   Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang]
292.   Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana pandai seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan]
293.   Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]
294.   Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]
295.   Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]
296.   Siapa makan nangka, maka kena getahnya [Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya]
297.   Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]
298.   Si bingung makanan si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yag cerdik]
299.   Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik]
300.   Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]
301.   Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]
302.   Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya]
303.   Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]
304.   Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]
305.   Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]
306.   Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]
307.   Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]
308.   Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]
309.   Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]
310.   Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]
311.   Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]
312.   Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]
313.   Takkan sama getah daun dengan getah batang [Kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]
314.   Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya semula]
315.   Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]
316.   Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]
317.   Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]
318.   Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]
319.   Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]
320.   Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]
321.   Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]
322.   Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap menjadi suruhan orang]
323.   Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]
324.   Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]
325.   Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]
 326.   Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]
327.   Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]
328.   Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan diri sendiri]
329.   Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]
320.   Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan juga]
321.   Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]
322.   Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]
323.   Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kecelakaan]
324.   Tong yag kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]
325.   Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda]
326.   Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]
327.   Tunggang hlang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara]
328.   Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]
329.   Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]
320.   Ukur baju di badan sendiri  [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]
321.   Ular dipalu biarlah mati, pemalu  janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]
322.   Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]
323.   Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]
324.   Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]
325.   Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka yang tidak baik]
326.   Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]
327.   Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]
328.   Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]
329.   Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu melarikan diri]
330.   Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja]
331.   Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]
332.   Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka]
333.   Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang ada dibuang]
334.   Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan]
335.   Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]
336.   Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]
337.   Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]

1 komentar:

  1. Saya cinta budaya Melayu saya cinta Tanjungpinang tanah kelahiran saya

    BalasHapus